Ingat.... baca basmalah dulu...

Sabtu, Januari 28, 2012

cara elak facebook hangpa kena hack??? meh sini baca.....

Assalamualaikum pembaca,
memandangkan zaman tekno-hyper nih, jadi banyak serangan maklumat telah berlaku
cth. serangan hacker pada akaun Facebook melalui tertekan laman web atau blablabla.....


Jadi, bagaimana nak atasi masalah ini daripada berulang lagi selain disarankan tukar kata laluan rahsia anda???


Ini mungkin berguna pada anda, terima kasih kepada penaja, WOT Services.
WOT - Web Of Trust, salah satu add-ons dalam browser kita yang menyemak laman web yang terapat dalam rangkaian Internet. Antara kelebihannya ialah:-
1) PERCUMA. Tak perlu bimbang untk cari edisi crack sebab add-ons adalah percuma dan 'full version'
2) WASPADA. Penunjuk berbentuk bulat akan berada pada sebelah tempat alamat web, seperti dalam gambar ni....


Ada 6 warna berbeza yang menunjukkan tahap keselamatan dari 4 aspek - Kepercayaan (trusworthiness), Kebolehpercayaan pemilik laman web (vendor reliability), Keselamatan maklumat diri (privacy), dan Keselamatan kanak-kanak (chlid safety):-
Merah - Sangat Lemah (tidak selamat)
Merah Cair - Lemah (kurang selamat)
Kuning - Tidak berapa memuaskan (agak kurang selamat)
Hijau Cair - Baik (selamat)
Hijau - Sangat Baik (sangat selamat)
Kelabu - Tiada Undian (tidak diketahui)

*maklumat lanjut boleh layari http://www.mywot.com/en/support/tour/overview

Aplikasi ini juga tersedia untuk pengguna yang rabun warna (lihat gambar di bawah)


inginkan add-ons tersebut? muat turun dengan selamat dari laman web rasmi WOThttp://www.mywot.com/
lebih 30 juta pengguna Internet seluruh dunia telah menggunakannya. Anda bila lagi?