Ingat.... baca basmalah dulu...

Isnin, April 02, 2012

Pengajaran!!! Huh..!!


Assalamualaikum, haha,
Baru hari ni ana sempat update blog, apa pun takleh ==;
Tapi di sini bukanlah ana nak kongsi ceita yang menarik sampai keluar TV, tak cukup dgn suratkhabar2 lagi…
Ana nak cerita, pengalaman merentas bukit demi mencari ilmu yang Allah S.W.T berikan…. Nampak macam terseksa… tapi betul ke seksaan…? Meh kita terjah sket demi sedikit.. huahuahua….
Dengan nama Allah, ana mulakan ‘story’ nih…
Setelah bosan hari selasa tu sibuk dengan progam perasmian kompleks siap dgn perjanjian dgn Yayasan AlBukhary lagi (ana rasa sbb perjanjian kewangan kot o.0 sbb ktorg x fully under kerajaan) [mentang2 lah sekolah elit….] …. *Ah, apa ana kesah benda2 mcm tuh, sambung balik* hari rabu tu pun agak semangat nak keluar naik bas walaupun dah tahu yang bas first lelaki dah lepas (inilah habit ana, pukul 7.15 pagi baru nak amek bas, tah kompem ke tak dapat bas last….). sekali tengok… MasyaAllah! Berduyun anak2 pintar golongan hawa menunggu bas….. terkejut ana…..
Masa yg ditunggu-tunggu akhirnya tiba, sampai bas [tapi anggap bukan bas last, sbb ramai perempuan…], double decker uhh (apa yg nak dibatakkan, bukannya bawak mati pun!), ana redha je la dyorg nek sume bas tuh, ushar2 bas tu smpi tak cukop seat nmpk… huh! Dahsyat…dahsyat!
7.35 pagi, pakcik yg selalu handle bas2 kiffah tengokkan je kitorg….. sedihT_T . tetiba pakcik tu bersuara, “dik bas nak gi kompleks dah xde, kalau nk pergi adik naik bas zon 2 ni (sambil tunjuk bas kat depan ktorg sendiri) pastu amek blablabla….. aku nak ikut cakap pakcik tu, tapi tak sedap takut nty ada la plak bas datang amek (pdhal dah tahu bas xde….. mcm haram).. akibatnya.. inilah yang berlaku…. Menunggu benda yang tak akan datang…..

12 insan pintar yang terlepas peluang menuntut ilmu…. Jadi ktorg pun betulkan semula niat….. 

Alhamdulillah… (habeh tu selama ni belajar kerana apa? Astaghfirullah…) [lagi sorg? Tukang snap lah!]
Tukang snap ni orang yg agak ber saha je (hua3), dan dia yg rancang nak jalan kaki je…. Malu nak naik bas zon 2, dan buat macam pakcik tu pesan….. kitorg ikut je, sbb masa tu dah nak masuk bilik dan niat nak tido terus kat bilik [ponteng… aptb==;], tapi dy ajak dgn semangat tinggi, jadi kami pun mulalah pengembaraan merentas bukit [approximately 20-30 km.. hua3].

Tempat demi tempat ktorg berhenti, dan inilah puncak tempat berhenti ktorg…… (tak msok pun, dah maklum kawasan larangan!)

Ana letih (pdhal malu), tu yg duduk kat atas batu konkrit longkang bentuk petak tuh…. Hua3
Cabaran sebenar masih belum lepas… iaitu bukit dgn kecuraman hampir 65o… o.0….
Masa tengah jalan sebelum bukit curam tinggi tuh, tetibe ada hon motor…. Ingatkan org UKM ke sound sbb xde kejadah gi jalan kaki kat hutan ni…. Sekali pusing cikgu da…. Cuak ana! Haha, cikgu tu pun sporting [sebab cikgu kaunselor…] jadi hilangkan bosan sembang2 lah sikit knp jadi macam ni…. yg kt blkg ngn cikgu gi borak2 keadaan sbnr, ana dah malas nak berhenti2, sikit je lagi nak sampai kompleks….
Lepas je curam tinggi tu… hurrmmm, semua pancit! Tu yg cikgu suruh stop dulu.. jadi ana tak kesah, sbb kalau teruskan nty ada jugak yg pengsan depan blok pentadbiran, naya PERMATApintar…. Hua3. Masa stop tu jugaklah sempat snap lagi…. Apa pun takleh ==”

Orang yg xde still sama, tukang snap! Huh! Mentang2 rajin snap gambar ktorg….

Sampai je kat kompleks…. Ktorg lalu sblh kanan café yg mghdp dewan tuh… tetibe ada yang menepuk bagai dari atas… لا اله الّا الله….. budak kelas 4K2 rupanya…… takyah nak rai bagai sgtlah. Cikgu masa tuh pesan pergi minum air dulu…. Dengan tak sarapannya lagi, apa lagi… bedal masuk café terus lah… saja je bodek abg café tu, ada roti lagi ke tak, bila ktorg cakap ktorg baru smpi, tak sarapan lagi, abang tu pun bagilah ktorg roti…. Dgn beberapa gelas air suam sejuk.. terus kenyang sampai malas nak ke kelas… apa pun takleh ==”
Secara keseluruhannya, hampir 4 masa pertama sesi persekolahan kami buang dgn merentas bukit nih….. haha, (baik ponteng je…). Pengajarannya, lain kali keluar awal! Jangan nak ngengada keluar lambat sikit… kan dah kena Allah bagi kafarah…..