Assalamualaikum...
fuhh blog aku ni... walaupun bersawang teruk... ada jugak peminat...
disebabkan belajar kat 'sekolah rosmah' je... habis 1 tahun packed dengan aktiviti yang bervariasi....
poning kopalo eden (bajet orang nogori je...)
gulp! cerita pasal kelas... haloiiyai. berat nanang....
bukannya apa pun, semua pasal SPM jgak.
ramai sudah yang jatuh ditimpa tangga PERMATA dek kerana terlampau banyak kesukaan kepada subjek...
mujur Alhamdulillah aku masih lagi selamat... tapi itupun bukannya selamat 100%
menangis tak berlagu siapkan projek mekanikal dengan bangunan.... bertambah dahsyat apabila kena siapkan sendiri...
eh jauh betul aku menyimpang...
cakap pasal kelas jadi bosan ni, aduhh
bila kelas Pendidikan Syariah Islamiah hanya dihadiri oleh 5 orang pelajar sahaja.....
(tak termasuk aku... terok perangai...)
itu cerita kelas Syariah hari Selasa.. yang hari Khamis pulak...
Kawan : Azam, hang jangan lupa. Kelas PSI malam ni....
Aku : Yela... yela..... (dalam hati rasa nak tumbok ja... jahat betoi aku ni haaa)
Malam lepas solat Isyak pulak (dalam pukul 9)... orang yg sama datang.... (mujur Alhamdulillah; Allah buka hati dia nak belajar sungguh2 naaa)
Kawan : Azam, kelas PSI..
Aku : gahh, malas betul la... biaq pi la...
Kawan : takpa la, aku habaq la kat ustazah, hang tu busy
Aku : eh eh takyah2... aku lambat sket.... (cuak terus aku nk ponteng kelas)
maka masuklah Hamba Allah ni ke kelas Syariah malam Khamis itu juga....
"alaaa... bosan la, asyik2 muka sama je.. dahla pandai2.... lemah la aku camni..."
(padahal setakat 2-3 orang je dalam kelas Syariah tu masuk fast track)
*mana pergi yang lain ek? Haaa... ni dia kisahnya...*
"Mesyuarat telah memutuskan untuk para pelajar yang mengambil mata pelajaran elektif yang juga mempunyai pointer peperiksaan akademik di bawah 3.00 supaya dinasihatkan untuk menggugurkan subjek-subjek elektif tersebut agar mereka ini dapat fokus kepada subjek-subjek sains dan matematik"
Subjek elektif? ni diaa..
1. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
2. Pendidikan Syariah Islamiah
3. Bahasa Arab (sebab tahun 2012 dah tukar format peperiksaan)
4. Bahasa Cina (tak ambik pun.. dengar kawan cina membebel pun sepatah haram aku tak paham)
5. Lukisan Kejuruteraan (sekarang ni tinggal 3 orang je... apa boleh buat...)
oh lagi 1, Prinsip Perakaunan (tapi untuk form 4 DAN dan form 3 tahun ni jelaa...)
" yang lain2 tu? Physics, Chemistry, Biology, Additional Mathematics, Mathematics (Modern)... bukan ke elektif jugak...?"
dah nama pun sekolah saintis.. bio pun tak bagi drop...
(apa boleh buaaaat... redha sahaja)
Apa2 pun, walaupun ustazah Syariah takkan baca benda ni... aku rasa bersalah la jgak jadi pemalas gara2 kelas tak ramai yang masuk sebab dah kena drop subjek Syariah.... Asifni! T.T
"Manalah orang luar tak duk bising apa je budak PERMATA ni dah buat. Hangpa kat sini duk goyang kaki lagi."
"SPM dah nak dekat dah, form 5! Saya tak tahulah macam mana lagi, boleh lagi kamu senang-lenggang, padahal tu, addmath. cikgu tak tau lagi nak tolong korang camna..." (aduh, terkeluar plak perkataan 'c' tu... maaf cikgu)
first batch ngn second batch sakit dgn SPM, third batch lagi advance... STPM troih... hari2 bawak buku matrikulasi...
Apa-apa pun, memandangkan exam pun dah nak dekat... target pun makin tinggi.. maka blog pun kena lah tutup jugak.. (haha, padahal dah bosan blogging, buat blog dulu pun dah tak semangat nak update.. kah3)