Ingat.... baca basmalah dulu...

Sabtu, Disember 21, 2013

Aku bukan budak sekolah lagi....!!! (plus Educamp)???

Ya Rabbi Ya Karim....
bukan main bersawang teruk blog aku ni. Hahah.
Oh lupa, aku kan 'busy' dengan Sijil Pelajaran Malaysia 2013...

Dan.. itu diaaaa. Aku bukan budak sekolah lagi...!!

tapi lepas ni aku nak ke mana? (aduhh, penat lah aku nak fikir benda camni == )

Ramai kawan yang tanya "Lepas SPM kau nak buat apa?"
aku jawab apa lagi... ek? hahah. "entahla..."

Hakikat sebenarnya... aku duduk rumah jela, kalahkan graduan ijazah yang menganggur. yelah nak cari kerja, result SPM pun takda lagi.

"Alaaa, cari jela. KFC ke, Mc Donalds ke, 99 Speedmart ke..."
hah cepat, apa lagi? -.- aku boleh je nak cari kerja. Tapi.. tapi kan...
Aku ni kan introvert orangnya eh silap.. silap...
Aku tak boleh kerja sebab kakak aku tak bagi! ergh -.-

Alasan senang je...
"Kau duk rumah je, tolong mak jag ayah. Lagi satu, sape nk bawak kau gi kerja? Tak payah ngada-ngada"

Okay aku reka je. HAHAHA. tapi memang kena pun dgn situasi aku sekarang ni.

eh eh.. Sadaqallahul 'azim pasal kerja, Bismillah pasal sambung belajar pulak...
oh ya, aku baru ingat yg aku ada pergi interview Educamp a.k.a UTP EDUCAMP For January 2014 Intake. hahah

"Dahla masa tu satu family pergi Sarawak. Apela kau nihh" - Kakak

Hahah, nun jauh sudut di hati, aku nak je pergi Kuching. yelah tambang murah katakan. RM185 pergi balik setiap orang. tapi nak buat macam mana. Dahla beli tiket masa aku baru habis Trial SPM yg gila tu.

(oh memanglah murah, naik Air Asia rupanya)


Apa lagi, aku reject mentah-mentah la, walaupun kakak frust. Yelah nak pergi jalan-jalan, main redah je, tak bagitau nak plan awal-awal. Bagus, inilah kehidupan aku. hidup penuh dengan perancangan 'last minute'. Di mana aku belajar? Ya, mana lagi kalau tidak di sekolah rosmah! (ok hentikan carutan tu =.= )
*sebaik tak cakap pasal budak tu Oops. Ape benda nihh? Hahah --'

berbalik kepada UTP Educamp tadi, hahah bukan main berlagak lagi nak pergi interview.

1. Portfolio diri - Checked
2. Preparation - Study Algebra, Calculus

Mangeet kateko! hahah ==" sanggup belek balik nota algebra dengan calculus yg dh belajar dulu. Padahal Educamp tu temu duga personaliti je. (ok takda la personaliti je, ada la jugak pasal Education sket)


15.12.2013 (Dahla hari jadi mak aku, asifni ummi, anak derhaka tak belikan hadiah T.T )
Di sinilah aku cuba jejakkan kaki untuk January 2014 Intake (dengan bantuan ayah sedara aku dah kakak sedara aku. Dahla sedara aku dah start kerja kat supermarket hari jumaat sebelum tu. pergh)

besar tak besar kau. Inilah UTP!!! (melebih pulak)
Aku sampai pukul 7.40 pagi. jadi, memang tak heran lah aku dapat kumpulan C. (kira ok laa jugak walaupun interview waktu petang)

jalan-jalan kat depan tu, cari mana kaunter pendaftaran, tetiba perasan seseorang...
"Macam kenal je baju kemeja ni. eh jap. Syafiq!"
Dan ya, kami #Troublemakers berdua ada di situ (poyoss giloss)
hahah, dia awal la sket dari aku, tapi kumpulan C jugak. jadi, sama sesi dgn aku la jgak. hahah

Dengar taklimat bla..bla..bla (sempat aku buka Twitter pakai phone plak uh =.= ), tetiba ternampak slide pasal yuran. Umang aihh. fuyooo! RM17k ++ dohh! "Mana nak korek duit ni...?"
terus tanya Syafiq "eh fiq, kau nak tak masuk sini?"
Syafiq jawab je "Aku saja datang interview ni, rasanya tak masuk kot"
Dalam hati aku...
apa lagi, aku cakap la kat dia "Sama la der, aku rasa pun aku tak nak masuk gak dohh, takde duit"

dan disebabkan group C, maka personality test via PC kami dahulukan... sempat aku sembang kosong dgn Syafiq camni "Weh kalau ujian komputer ni cm test MEQI, memang aku tibai la main tekan jee. hahah"
"Bapak arh cam MEQI, memang aku tibai jugak lah". Well, #Troublemakers XD same ideology.



Sekali buat test, dia yg keluar dulu. dahla duduk sebelah aku je =.= yelah mana tak nya, aku sangkut kat pilihan jawapan yg sama aku pilih. etc, kalau aku pilih 3 soalan tu aras 4, nanti keluar lagi soalan sama, suruh pilih pilihan jawapan berbeza untuk setiap soalan. Buang masa betul --'

lepas tu rehat sampai lah 1.30 petang. eishh ape lagi, sebat la masa tu jumpa senior lama. hahah.
(sebaik jumpa senior kusiss, klau jumpa senior quadp lagi la, hahaha)

boleh tahan sembang aku ngn muaz, walaupun masa aku form 3 dulu, dia form 4, takde la rapat mana. cuma orang kenal sbb kami berdua budak gempak (lol, melebih lagi)

Sudahnya temu duga start pukul 2, sebab solat jemaah Zuhur dahulu (ya, solat itu tiang agama). Bukan main gelabah lagi lari pergi blok temu duga. Masuk je terus duduk secara random. kena pisah lagi ikut group. Group 25.

Sistem temu duga yg PETRONAS buat memang camtu, sebab aku dah tengok dah macam mana budak fast trackers kena interview utk biasiswa PETRONAS. Individual Interview, then the Grouping Interview. hahah

Bukan main syok lagi Individual interview. kena terangkan pasal PERMATApintar lah, ape lah. termasuk study case lah. Itu wajib dohh, aku dapat tajuk industrial pollution. Wahh ape lagi, goreng panggang semua cm aku jawab essay Biology Paper 2.

Sekali keluar... "Weh lama gila dohh kau." ada sorang kawan tu, tegur aku, sekali aku pandang group lain, erk -.- group lain semua dah orang ke-3 ke-4 yg tgh interview, group aku baru aku yg keluar =.=
Dan itulah sebabnya group aku, Group 25 keluar dari bilik interview pukul 4 -.- (sebab masa tu jam phone aku dah pukul 4 lbeh). Kesian plak kat ayah sedara aku tunggu lama sampai pukul 4. hahah

*Study case pasal environmental problem, dan kita sebagai wakil dari Malaysia akan cadangkan satu cadangan bagi mengatasi masalah alam sekitr tu. aku main random ambik, dapat card A warna hijau. sekali orang pertama dalam Group 25 yg kena interview dulu =.=

Sedangkan aku datang interview Educamp tu semata-mata nak cari pengalaman sebenar kena interview dengan PETRONAS. hahah mana tak nya, terbeliak mat tengok yuran Foundation dalam setahun RM17k++.
Kena pulak ternampak lagi slide-tarikh pendaftaran Foundation : 11 Januari 2014.
"Kalau macam ni, memang aku tak datang lah mendaftar kat UTP", mengaharapkan Special Internship Program 2014 a.k.a. ExxonMobil Scholarship for SPM 2013 (insya-Allah fil jannah :) )
*Entah-entah dengan SIP 2014 tu nanti pulak aku kena ambik SAT. Ouchh." Hahahaha (senyum kambing sbb terfikir plan asal nak amek undergrad kat US, tapi xde duit nk flight dan amek exam SAT.)