Ingat.... baca basmalah dulu...

Jumaat, Mei 16, 2014

Aku rindu kan zaman sekolah semula..!! *menangis kesedihan* [Part 1 - SK Sungai Serdang]

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera :D

Bersempena Sambutan Hari Guru yang setiap tahun disambut pada 16 Mei, hari ni aku nak update dan semak kan blog aku dengan hashtag #throwback zaman sekolah aku..


















Ya Allah tak sangka sudah 11 tahun aku masuk alam pendidikan (sebenarnya 12 tahun, termasuk tadika). Tapi 11 tahun tu pun tak cukup lagi nak masuk universiti peringkat Ijazah Sarjana Muda... "Undergraduate must have with at least 12 years of formal education"  (tadika mana dikira, lepas SPM kena tambah lagi, Pra-Universiti)


Bermula dengan kisah masa aku sekolah rendah..

Masa darjah 1 guru kelas aku cikgu Bahasa Melayu, tak silap aku nama beliau cikgu Ngabdul Basir. Cikgu lelaki yg tabah layan kerenah budak baru nak kenal alam pendidikan. Baru-baru ni terserempak dgn beliau di pekan, Ya Allah dah makin lanjut usia, tak sedar aku.. (yela yg aku tau aku dah besar, lepas SPM. Anak cikgu pun dh masuk sekolah menengah, terserempak sekali. Ehh haha)
*Ada jugak ingat masa kelas matematik dgn Cikgu Muhaini, tetiba ada syarikat jual susu datang, nk promote produk susu utk kanak-kanak. Habis satu sekolah dgn kelas aku sekali kelaur. Tapi aku masuk awal, beli sebotol dua je. Takde duit lebih :(

Darjah 2, Cikgu Suzana tak silap aku. Ajar subjek Sains dgn Bahasa Inggeris. yang aku ingat sangat sampai sekarang pun aku kecewa markah Sains aku dpt 68, tapi B (patutnya C, rezeki kot) utk akhir tahun. Cikgu pun redha je aku rasa. Eh, entahla hahaha aku pun tak ingat sangat.

Darjah 3, Cikgu Mariam. Subjek Matematik. Masa ni la baru aku 'discover' yg aku memang minat math. Masa ni la jugak aku bangga dgn semangkuk kembangnya dapat jawatan sbg pengawas perpustakaan. Haktuih hahaha -.-

Darjah 4, Cikgu Zaharah. Subjek Matematik jugak. Hahaha ni mmg cikgu familiar dgn budak-budak SK Sungai Serdang. Bagi aku mmg gempak cara beliau ajar dan kena dgn gaya beliau yg garang. Pernah satu hari sengaja tak siapkan kerja sekolah sbb nak merasa camna kena campak buku tulis ke luar kelas. Tak tau la punah harapan cikgu ke hape masa tu. Masa akhir tahun kot, cikgu terkejut, aku ada satu subjek yg gagal. Aku pun apa lagi, cuak tak semena la. Tengok2 usha2 balik, oh takde pun. Kehkeh Alhamdulillah~
*Ouh, masa ni arwah cikgu Rabbani bersara, tak sangka arwah sama umur dgn mak aku, dan antara pelajar 1st batch SMK Tengku Idris Shah. Kapar. Logo sekolah tu, arwah cikgu Rabbani cerita belaiu antara yg cadangkan (tak silap la)

Darjah 5, Ustazah Roslaili. Subjek Pendidikan Islam. aku masa ni tak kisah sgt subjek PAI sekolah rendah, dah tu aku beriya sgt nak skor periksa sekolah agama [Penilaian Sekolah Rendah Agama]. Yg paling aku ingat pun masa yah aku ajak jugak aku pergi rumah beliau malam-malam sebab nk bgtau ustazah aku tak datng sekolah dlm 2 hari sbb temankan mak ayah aku hantr kakak aku pergi Universiti Malaya kampus Nilam Puri. Waktu tu aku mana tahu APIDS apa benda (Asasi Pengajian Islam dan Sains UM), asasi yg kakak aku dpt masa tu.

Darjah 6.. jeng jeng jeng. Zaman UPSR aku, hahaha. Cikgu Salawani guru kelas aku masa tu. Ajar Bahasa Inggeris. Balun jugk la sebab selalu budak budak defect UPSR kat subjek ni. Tapi cikgu redha je walau macam mana pun yg akan berlaku masa UPSR nanti. Suami beliau, Cikgu Ahmad Bahtiar @ Abas, ajar subjek Sains semenjak aku darjah 4. Aku respect sbb niat beliau nk didik anak bangsa mmg terserlah dgn dari mana beliau belajar dulu, SMAP Kajang. Perghh
*Waktu darjah 6 ni jugaklah aku baru kenal macam mana cikgu tu terseksa melayan kerenah budak. Cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Kamarul Ariffin. Ingat lagi ayat beliau klau bengang budak tak fokus dlm kelas, "Anda dipersilakan dengan segala hormatnya untuk keluar ikut pintu kelas depan yg terbuka luas ni. Ikut belakang pun boleh. Ikut tingkap-tingkap tu, jaring-jaring atas tingkap pun boleh juga". Sentap bhai.
**Tambahan pulak dgn minat aku terhadap math tak lekang langsung, sbb masa aku darjah 6, Cikgu Hafizuddin ajar. Cikgu ni alumni SMKA Kuala Selangor. Memang lagi cm berminat nk sambung sana (itupun aku tau sbb kakak aku cerita, hahaha). Ajar Matematik dari aku darjah 5 secara simple dan sempoi, kerja sekolah pun aku takyah bwak balik. Sampai mak aku heran "Eh kau ni takde kerja sekolah ke?" sbb aku dah siap kerja sekolah math kat sekolah. Haha

Antara yg paling aku takboleh lupa...
1. masa 29 Februari 2008, ada kawan aku mmg tarikh lari hari tu. Cikgu math masa darjah 4, Cikgu Zaharah janji kat dalam kelas nak sambut hari jadi beliau. Kena pulak tahun 2008 tu tahun lompat, 29/2 tu plak hari sekolah. Dgn tetiba nya, beliau naik pentas masa perhimpunan terus buat pengumuman. Cikgu panggil kawan aku tu suru naik pentas. Semua dh cuak pasal dah lah wktu tu dia kena suspect dgn disiplin. Sape tak cuak. Sekali dia naik pentas, cikgu pun cakap cikgu nk sama2 sambut hari jadi beliau yg hanya 4 tahun sekali disambut. Ya Allah, cikgu yg betul2 berpegang pada janjinya :')
2. Lagu yg saban tahun akan dinyanyikan masa hari guru. Sampai sekarang, aku baru sedar rupanya lagu dari band Dinamik - Antara Gadis ni yg digunakan untuk lagi "Terima Kasih Cikgu". Lagu ni klau ada cikgu bersra atau pindah sekolah, mesti dinyanyikan. Syahdu dan sedih, tapi amat bermakna. Lirik pun aku tau sket je, hahaha. Aku rasa ni nukilan Cikgu Ahmad Bakri, cikgu Muzik dari aku darjah 3 sampai darjah 5. #Respect !
"Seawal musim menimba ilmu, hanya kau cikgu yg ku kenali, kejujuran dan keikhlasan mu, syahdu di hatikuu..." :'(

Sekolah Kebangsan Sungai Serdang [Batch 2003-2008 :') ]