Kali ni aku conteng semak kan lagi blog ni dengan kisah hari Jumaat terakhir dalam bulan Februari 2014..
"Detik 28 Februari 2014 merupakan detik yang paling bahagia untuk aku..."
Okeh lupakan drama tu, teruskan pulak dengan program JAD ni...
JAD (Japan Associate Degree) ataupun nama lain nya Projek Ijazah Berkembar Jepun ni tertumpu kepada 2 bidang kejuruteraan sahaja, iaitu
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Sebelum ini, program ini terkenal dengan Projek Berkembar 2+3 Jepun* (2 tahun di Malaysia, 3 tahun di Jepun), tetapi kini telah bertukar kepada Projek Berkembar 3+2 (1 tahun Matriculation di Malaysia, 2 tahun Undergraduate di Malaysia sebelum 2 tahun terakhir Undergraduate di universiti pilihan di Jepun)
*Sebenarnya takda pun projek 2+3 tu, cuma sebelum ni 2 tahun preparation di Malaysia sebelum 4 tahun undergraduate di universiti pilihan di Jepun.
"Alaa aku tak pandai bahasa Jepun, camna ni..."
Bab tu jangan risau, sebab tak perlu pun ambil kertas peperiksaan EJU Examination for Japanese University Admission sampai kena balun hafal 2000 karakter kanji, sebab target dah master bahasa Jepun masa 2nd year undergraduate (dalam 3 tahun di Malaysia, tahun terakhir dah 100% pakai bahasa Jepun untuk kelas calculus, mechanics etc.)
Ni pulak halnya camna aku mohon...
Kawan aku yg cadangkan utk mohon program JAD ni, lagipun sepanjang 5 tahun tu belajar, yuran tu dibiayai penuh oleh Yayasan Pelajaran MARA. bisanya permohonan dibuka
*try la usha JADYPM nanti bila dah bebas daripada belenggu SPM
Masa tu pulak ramai kawan yg mohon.. fuhh ada lah jugak dekat separuh batch (membantai kira, padahal tahu nya lebih 20 orang je yg mohon)
Dalam minggu kedua bulan Februari haritu, tetiba dapat mesej daripada pihak Yayasan Pelajaran MARA "Muhammad Azammuddin blablabla... Tahniah anda layak untuk temuduga JAD blablabla.."
terkejut la aku, pasalnya macam malas nak ikut JAD ni (aku tak minat sangat electrical, electronic pun berapa kerat je aku minat). Sekali tanya kawan lain, yg dapat 2-3 orang je. Sedangkan kawan aku yg ajak mohon tu pun tak dapat, terus aku rasa malas nak pergi interview. tapi bila dia cakap pergi jela.. aku pun pergi jela cuba timba pengalaman (kot)
Aku pun pergi la jugak walaupun dia buat dekat hotel ni...
Palace of Golden Horses (berapa meter je dari MINES, sebabnya memang dalam kawasan MINES)
Aku pergi dengan kawan aku ni.. hahah lama jugak tak jumpa dia, last masa raya tahun lepas datang rumah dia... dia lah banyak tolong utk transport ngn penginapan (sbb tumpang tidur rumah dia hahaha)
(ni waktu balik baru tangkap gambar.. heheh)
sampai je kat hotel tu dalam 8 lebih, terus cari nak pergi belah mana... masuk dewan terus amek exam.. haha 30 soalan, tapi nak cramp otak rasanya. berkarat dah lama tak study. 24 objektif, 6 subjektif. ni antara soalan yg aku stuck..
(kejadah dia pergi tanya soalan ni. memang patut la aku dah lupa, sebab SPM mana ada soalan macam ni. hmph -,- last aku jawab soalan camni masa cikgu offer kat budak2 SPM yg nak amek International Chemistry Olympiad test sblm paper Addmath SPM. sah sah la aku dah lupa)
yang ni pun aku stuck jgak, padahal SPM ada je belajar benda ni...
(aku main kira, jawapan aku dapat = 2, entah entah aku salah baca soalan)
Padahal aku jugak yg semangat macam hape, agaknya adat duduk 2 tahun dalam PERMATApintar tu melekat lagi kot, 10 minit sebelum exam tamat, aku dah keluar... hahaha macam bangang je keluar awal.
Keluar dari dewan tu, sempat la sembang dgn pegawai yg sememangnya pengurus bilik temudunga aku. dipendekkan cerita, memang betul pun dia cakap. Panel temuduga aku seorang memang orang melayu, pegawai JAD (kot) perempuan, lagi seorang tu haa, sensei bahasa jepun yg memang orang Jepun.
Tapi interview full English la, heheh.
antara aspek yg ditanya (dan memang kebanyakan interview memang tanya benda macam ni):-
1. Tell me about yourself.
2. Why you choose JAD? Do you want to pursue your studies through JAD or other scholarships?
3. Are you willing to learn science and math subjects in Japanese?
4. What do you think about technology nowadays?
5. Any questions you want to ask? (ini memang biasa dlm interview, tapi kena la teckle ngn soalan yg berkaitan dgn program, dan ELAKKAN soalan bangang abadi)
Sekarang ni, kena tunggu keputusan SPM keluar dalam 20/3 ni (ada yg kata 19/3, ada yg kata 20/3, entah biarlahh -,- ) baru boleh tahu macam mana keputusan temuduga JAD ni.. oh dan lagi satu, soalan nya adalah mirip-mirip a.k.a. soalan contoh laa... sebab aku pun lupa ayat penuh soalan nya macam mana.. lebih kurang camtu la dia tanya. Jadi kepada yg minat program JAD ni, macam ni la lebih kurang apa yg akan dialami untuk interview. Selamat berjaya MWAHAHAHA (ok cukup merapu kejam)